Minamios

Minamios

Minggu, 09 Juni 2013

Kebiasaan yang Baik untuk Perawatan Wajah



Pertama basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul, jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan karena tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control). Kedua elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera. Ketiga elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya kecuali ikan. Keempat elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu. Mengamalkan 2 biji sehari vitamin C organik 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar